Kumpulan Yang Wajib Disertai

Silakan menyertai kumpulan Mukabuku ini:
Menentang Penggunaan Bedak Sejuk Oleh Org Yg Tak Suka Black Metal

Di samping apa yang diperjuangkan oleh kumpulan di atas:

Saya amat menentang penggunaan bedak sejuk oleh penggemar MLTR! MLTR tidak menyanyi tentang pengajaran metal dan paling sekali, tidak TRUE!

Saya juga menentang penggunaan perkataan “TRUE”, iaitu bermaksud “taat kepada pengajaran metal” walaupun ianya digunakan dalam Bahasa Inggeris (Bahasa Penjajah dan Bahasa Pendatang) yang bermaksud “benar”. Perkataan “TRUE” patut khas untuk penganut ajaran metal sahaja.

Dikatakan bahawa perkataan “TRUE” sebenarnya diwujudkan di sekitar 1985 dan menjadi singkatan “Terlalu Rancak Untuk Ella”. Bahasawanya mana-mana jenis muzik yang terlalu rancak oleh dibawakan ratu batu Ella, boleh dikira sebagai black metal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *